Definisi bank: Apakah itu bank? Bank boleh di takrifkan sebagai sebuah agensi atau institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal berkaitan kewangan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, bank berperanan sebagai orang tengah bagi pelanggan untuk urusan pembayaran dan juga berperanan untuk memberikan pinjaman. Secara ringkasnya, bank menawarkan khidmat menyimpan, menerima dan memberikan pinjaman kepada pelanggan pelanggannya.
Dari manakah asalnya atau terbitnya istilah bank? Sumber mengatakan perkataan bank di ambil dari bahasa itali iaitu banca. yang membawa kepada pengertian kerusi. Ini adalah kerana pada masa itu, khidmat perbankan di berikan di khalayak ramai dengan menggunakan meja dan kerusi sahaja. Berbeza dengan layout bank pada masa sekarang yang ternyata canggih dan menitikberatkan aspek-aspek keselamatan.
Selain dari itu, istilah seperti bankrupt turut merujuk kepada penggunaan kerusi yang bermaksud kerusi yang pecah.
Blog ini akan membincangkan segala perihal, nasihat dan khidmat yang di tawarkan oleh institusi kewangan ini. nantikan entri saya yang seterusnya. Selamat membaca!